Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 155 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

31  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1953.
Dari Ka'ab Ibnu Malik r.a. katanya: "Aku pernah melihat Nabi saw. mengulum jari-jari beliau tiga kali sesudah makan."

32  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1766.
Dari Jundub bin Sufyan r.a., katanya: "Jari Rasulullah saw. berdarah kerana luka dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah saw.: "Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fi sabilillah."

33  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0977.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw.. sabdanya: "Perumpamaan orang yang suka bersedekah (dermawan) bagaikan orang yang memakai dua jubah atau dua perisai di atas kedua susunya hingga ke atas. Bila dia ingin bersedekah, maka dilakukannya dengan penuh kemurahan. Dan bila orang bakhil ingin bersedekah, baju besi itu terasa sempit baginya dan setiap lingkarannya terasa seperti menjepit jari-jarinya sehingga keinginannya untuk bersedekah menjadi hilang sama sekali. Kemudian, dia berusaha melapangkannya kembali, tetapi dia tidak berhasil."

34  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0490.
Dari Mush'ab bin Sa'ad bin Abi Waqqash r.a., katanya: "Aku solat di samping bapaku. Ketika rukuk, ku persilangkan jari-jari tangan ku dan ku letakkan di antara kedua lutut, maka dipukulnya tangan ku. Setelah selesai solat bapa berkata, "Mulanya kami perbuat memang begitu. Tetapi kemudian disuruh Nabi saw. meletakkannya di atas lutut."

35  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1679.
Dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid Al Juhani r.a., keduanya berkata: "Seorang lelaki desa datang menghadap kepada Rasulullah saw., seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Aku mohon supaya Anda bersumpah dengan Allah, bahawa tidak akan menjatuhkan hukuman kepada ku, melainkan sesuai dengan Kitabullah!" Lawan perkara lelaki itu lebih pintar berkata daripadanya, "Ya, betul! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan hukum Kitabullah, dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara." Jawab Nabi saw., "Bicaralah!" Katanya, "Anak lelakiku bekerja menjadi pegawai kepada orang ini, lalu dia menuduh anakku berzina dengan isterinya. Sesungguhnya aku telah tahu bahawa anakku harus dihukum rejam. Lalu ku tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian aku bertanya kepada orang-orang pandai (ulama), mereka mengatakan bahawa anakku harus dihukum dera seratus kali dan dibuang (penjara) satu tahun, sedangkan yang perempuan mendapat hukuman rejam (sampai mati)." Maka bersabda Rasulullah saw., "Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya, aku menjatuhkan hukuman bagi kedua belah pihak nescaya sesuai dengan Kitabullah. Hamba sahaya dan kambing ditolak. Anakmu harus didera seratus kali dan dibuang (penjara) satu tahun! Hai, Unais! Esok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini, lalu periksa apakah dia memang berzina. Jika dia mengaku berzina, rejamlah dia!" Kata Abu Hurairah, "Esok pagi Unais pergi memeriksa perempuan itu, ternyata dia mengaku telah berzina." Rasulullah memerintahkan supaya dia dihukum rejam, maka direjam oranglah dia.

36  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0954.
Dari Ummu Salamah r.a., dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Mungkinkah aku mendapat pahala atas nafkah yang ku belanjakan untuk mengasuh anak-anak Abu Salamah (anak tiri bagi Ummu Salamah) sehingga mereka tidak tersia-sia, di mana mereka ku anggap seperti anak-anakku sendiri?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, kamu dapat pahala atas nafkah yang kamu keluarkan untuk biaya mengasuh mereka."

37  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2257.
Dari Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: "Pada suatu hari seorang perempuan beserta dua orang anak perempuannya datang lalu dia meminta kepada ku. Sayang sekali aku tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya sebuah kurma, lalu ku berikan kepadanya. Dia mengambil pemberianku itu dan membaginya dua untuk kedua anaknya. Sedang dia sendiri tidak makan apa-apa. Kemudian perempuan itu berdiri lalu pergi dengan kedua anaknya. Setelah Nabi saw. tiba, ku ceritakan kepada beliau peristiwa kedatangan perempuan itu. Beliau bersabda, "Siapa mendapat cubaan (kesulitan, kesusahan,kemiskinan,dan sebagainya) dalam memelihara/merawat anak-anaknya, tetapi dia tetap berusaha merawat mereka sebaik-baiknya, maka semua cubaan itu menjadi dinding baginya dari neraka."

38  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2263.
Dari Abu Hassan r.a. katanya dia bertanya kepada Abu Hurairah r.a. "Aku kematian dua orang anakku. Dapatkah anda menceritakan kepada ku hadis Rasulullah saw. yang dapat mengubati hati kami atas kematian anak-anak kami itu?" Jawab Abu Hurairah. Nabi saw. pernah bersabda: "Ya, anak-anak tersebut selamanya menjadi penghuni syurga. Salah seorang dari mereka datang menemui bapanya, atau kedua orang tuanya lalu dipegangnya baju atau tangan orang tuanya seperti aku memegang ujung bajumu ini. Maka tidak dilepaskannya, atau dia tidak berhenti memegang, sehingga Allah Ta'ala memasukkannya bersama bapanya ke syurga."

39  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0263.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. mandi junub, mula-mula dicucinya tangannya. Kemudian dituangkannya air dengan tangan kanan ke tangan kiri, lalu dicucinya kemaluannya. Sesudah itu beliau mengambil wuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian diambilnya air, lalu dimasukkannya dengan anak-anak jarinya ke akar-akar rambut, sehingga apabila dirasanya telah merata, maka disiramkannya air ke kepalanya tiga kali. Kemudian disiramnya seluruh tubuhnya, dan sesudah itu dicucinya kedua kakinya."

40  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0487.
Dari Al Aswad dan 'Alqamah r.a., keduanya bercerita: "Kami mendatangi 'Abdullah bin Mas'ud di rumahnya. Lalu dia bertanya, "Apakah mereka itu solat di belakangmu?" Jawab kami, "Tidak." Katanya "Bangunlah, mari solat. Dia tidak menyuruh kami azan dan qamat. Lalu kami berdiri di belakangnya, Kemudian ditariknya tangan kami, lalu masing-masing kami ditempatkannya di sebelah kanan dan kirinya. Ketika rukuk, kami meletakkan tangan kami di lutut, tetapi Abdullah memukulnya. Dia mempertemukan kedua tapak tangannya lalu memasukkannya ke antara dua pahanya. Tatkala telah selesai solat dan mengundur-ngundur waktu hingga hampir habis. Apabila kamu lihat hal itu betul-betul telah terjadi, maka solatlah kamu sendirian pada awal waktu, kemudian solat pulalah berjemaah bersama-sama dengan mereka untuk mengambil sunat (menjaga fitnah). Apabila kamu bertiga, solatlah bersama-sama, dan apabila kamu lebih banyak, angkatlah salah seorang menjadi imam. Apabila kamu rukuk, letakkan kedua lenganmu di atas kedua paha sambil membungkuk. Dan pertemukan kedua tapak tanganmu. Aku seperti masih melihat Rasulullah saw. mempersilangkan anak-anak jari beliau. Lalu Abdullah memperagakannya kepada mereka."